SEKAPUR SIREH


Dilahirkan pada 9 Disember !984, merupakan puteri tunggal bagi pasangan Hashim Abu Hassan dan Hanipah Binti Yahiya. Cahaya mata ini diberi nama Siti Nur Ain Binti Hashim.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Kursiah di Kuala Pilah dan di Sekolah Kebangsaan Senaling kemudian menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Samad, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pernah menyandang jawatan sebagai setiausaha rumah sukan, satiausaha kelab bimbingan dan kaunseling dan Ketua Pengawas sekolah pada tahun 2013 serta pernah dianugerahi Anugerah Tanjung.
Menyambung pengajian di peringkat diploma di Kolej Yayasan Melaka yang kini dikenali sebagai Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka dalam bidang Keusahawanan. Pernah menyertai Majlis Jurulatih Pelajar (MJP) sepanjang pengajian, Naib Pengerusi Kelab Kembara dan sebagai Timbalan Pengerusi 2 dalam Seketeriat Rakan Muda serta menamatkan pengajian pada tahun 2017.
Setelah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 3 tahun sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih, peluang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang perguruan di terima dengan hati yang terbuka. 
Kini, Institiut Perguruan Guru Kampus Raja Melewar di Seremban, Negeri Sembilan menjadi medan perjuangan bagi mencapai cita-cita sebagai jiwa seorang pendidik.
Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan