BANK SOALAN

Soalan Latihan Bahasa Melayu Pemahaman

1.  “ ____________ tidak bersalah, tuanku,” kata Dang Melur kepada Permaisuri
     Cendana.
     A Beta
     B  Kami
     C  Kalian
     D Patik      


2. “  ______________ hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati ketika
    berada di jalan raya,” nasihat Cikgu Firdaus kepada sekumpulan murid tahun enam.
    A  Saya
    B  Kami
    C  Kalian
    D  Mereka


3.  Bau  ______________ pada daging kambing dapat dihilangkan apabila dicuci  
     dengan tepung gandum.
      A  hapak
      B  hamis
      C  tengik
      D  hanyir

4.  Ahmad berdiri ___________ memberi hormat kepada tetamu kenamaan itu.
     A dan
     B ketika
     C seraya
     D setelah
      

5.  Pak Harun  _____________ telah merundingkan perkara itu dengan rakan
     niaganya.
     A akan
     B harus
     C belum

                                     
6.   ______________ pemuda itu berkawan baik tetapi mereka mempunyai minat
       yang berbeza.
      A Ketiga
      B Ketiga-tiga
      C Masing-masing
   

7. Rohani _____________ pandai jika dibandingkan dengan rakan sekelasnya yang  
      lain.
      A  agak
      B  betul
      C  sekali


8.  Apa-apa  ________ yang hendak kamu lakukan, fikirkanlah baik dan buruknya
      dahulu.
      A lah
      B  tah
      C  kah
      D jua


8.  Jalan yang dilaluinya bukan sahaja ber ______________ tetapi mempunyai lopak
       yang banyak.
      A bolak-balik
      B lintang-pukang
      C simpang-siur
      D pontang-panting


9.  Ibu Siti _______________ apabila melihat anaknya terjatuh ke dalam parit.
      A jalan buntu
      B hilang punca
      C kering darah
                                                                                             
                                       
10.  “  ___________ beratur berdua-dua sebelum memasuki kelas,” kata ketua darjah.
      A Sila
      B Ayuh
      C Minta
      D Semoga


11. Pendengaran Pak Osman menjadi pekak semenjak dia terlibat dalam satu
      kemalangan.

    Perkataan seerti bagi pekak ialah
     A tuli
     B tajam
     C kabur
     D jelas


12.  Bunga cempaka itu kembang dan mengeluarkan bau yang harum.
     Perkataan berlawan bagi kembang ialah
      A kecut
      B kuncup
      C mekar
      D segar


13.  Antara pernyataan berikut, yang manakah ayat pasif ?
       A Dia menyikat rambutnya.
       B Pakaian Ani belum berbasuh.
       C Wanita itu memakai baju kebaya.
       D Alif makan nasi di warung Wak Jamal.


 14.  Kalau tidak silap saya, sejak sebulan yang lalu dia terlantar di hospital.

        Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
        A Sejak bilakah dia terlantar di hospital?
        B Di manakah dia terlantar sejak sebulan yang lalu?
        C Siapakah yang terlantar di hospital sejak sebulan yang lalu?
        D Kamu menyatakan dia terlantar di hospital sebulan yang lalu?


15.  Pak Yunus beritahu saya, dia telah menyewa sebuah teksi untuk ke rumah
       Borhan.

         Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.
        A Teksi sahajakah yang akan Pak Yunus naiki untuk ke rumah Borhan?
        B Mengapa Pak Yunus ke rumah Borhan dengan menaiki teksi?
        C Pak Yunus hendak menaiki teksi sahaja ke rumah Borhan?
        D Bagaimanakah Pak Yunus hendak ke rumah Borhan?


16.  Mengapakah dia bertindak sedemikian rupa sehingga sanggup mencederakan
       dirinya sendiri?

       Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.
       A Sebenarnya sudah lama dia hendak bertindak seperti itu kerana mahu menagih  
           simpati.
       B Saya fikir dia berbuat begitu semata-mata hendak menagih simpati daripada   
           kita.
       C Saya yakin tindakannya mencederakan diri sendiri itu akan merugikan dirinya
           sendiri.
       D Saya pun hairan mengapa dia sanggup bertindak mencederakan dirinya.


17.  Kelab Kompang kampung saya telah dirasmikan penubuhannya oleh ketua kampung.

       Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
        A Ketua kampung merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
        B Ketua kampung akan merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
        C Ketua kampung telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung saya.
        D Ketua kampung saya telah merasmikan penubuhan Kelab Kompang kampung.


Soalan 18 – 19

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

18. I   Puan Fauziah menuang air hangat yang telah dijerang itu ke dalam termos.
     II  Hati Eskandar berasa hangat setelah dicabar oleh kawan-kawannya.
    III Berita hangat itu menjadi tajuk utama akhbar pada hari itu.
    IV Air itu tidak dapat kami minum kerana terlalu hangat.

   A  I dan II
   B  II dan III
   C  II , III dan IV
   D  I, III dan IV


19. I   Ibu memenuhkan  barang  dengan maklumat peribadinya.
     II  Barang kemas milik Puan Asmah telah dicuri orang.
    III “ Barang yang lepas usah dikenang,” ujar nenek Kiah.
    IV “ Tolong belikan barang sekilo gula, Danial,” pinta ibunya.

    A  I  dan II
    B  III dan IV
    C  I, II dan III
    D  II, III dan IV


Pilih ayat yang betul.

       20.  I   Puan Munah adalah ibu saudara saya.
              II  Kehadiran pegawai itu adalah untuk menyampaikan hadiah.
              III Pulau Tioman adalah antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia.
              IV Surat permohonan tuan yang bertarikh 15 April 2006 adalah dirujuk.
             
              A  I dan IV
              B  II dan III
              C  I, II dan III
              D  II, III dan IV


         21. I   Azhar merasa kuah sup itu.
              II  Cikgu Haris mengajar Matematik.
              III Ibu menjahiti adik sehelai baju.
              IV Bapa membeli abang sebuah komputer.
             
              A  I dan II
              B  I dan III
              C  II dan IV
              D  III dan IV


Soalan Pemahaman

Baca petikan di  bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Selaku Ketua Kampung Paya Dalam, Tuk Mat sering mengingatkan anak-anak buahnya agar sentiasa berwaspada. Beliau berasa bimbang kalau-kalau kejadian pecah rumah akan berlaku di kampungnya. Suatu hari, Tuk Mat mengadakan mesyuarat tergempar dengan memanggil penduduk kampung ke rumahnya untuk membincangkan cara terbaik bagi mengatasi masalah kejadian pecah rumah di kampung itu.
"Tuk Ketua, saya mencadangkan rondaan diadakan pada waktu malam secara berkumpulan, " kata Pak Jusoh.
            “Saya menyokong saranan Pak Jusoh, Tuk, ” ujar Pak Mail.
            Tuk Mat menganggukkan kepalanya. Semua yang hadir pada malam itu turut bersetuju dengan usul yang dikemukakan oleh Pak Jusoh. Penduduk Kampung Paya Dalam akan membuat rondaan mengikut jadual yang ditetapkan. Langkah itu mula diadakan pada minggu yang berikutnya. Mereka akur akan keputusan yang ditetapkan oleh ketua mereka.
            Selang beberapa malam, penduduk Kampung Paya Dalam digemparkan oleh suatu kejadian ganjil. Kanak-kanak yang pulang daripada mengaji telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala anjing. Penduduk kampung, terutama kaum wanita dan kanak-kanak mulai takut hendak keluar malam. Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak mematahkan semangat Tuk Mat dan anak buahnya untuk meneruskan rondaan.
            Suatu malam, hujan turun dengan lebat. Namun, Tuk Mat dan anak buahnya membuat rondaan seperti biasa. Tepat pada pukul 2.00 pagi, mereka melihat sebuah perahu terdampar di pantai Kampung Paya Dalam. Tiga orang lelaki dengan gerak-geri yang mencurigakan melangkah tergesa-gesa meninggalkan perahu itu menuju ke Kampung Paya Dalam. Tuk Mat dan anak buahnya berjaya memberkas ketiga-tiga lelaki berkenaan. Setelah disoal siasat, rupa-rupanya merekalah yang selama ini menjalankan kegiatan pecah rumah di Kampung Kaki Bukit dan menakut-nakutkan penduduk Kampung Paya Dalam. Ketiga-tiga penjenayah itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke muka pengadilan.

                                                                                     
21.  Mengapakah Ketua Kampung Paya Dalam sering mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada setiap masa ?
A Terdapat lembaga hitam berkeliaran di kampung itu pada waktu malam.
B Kemungkinan akan berlaku kejadian pecah rumah di kampung itu.
C Kampung itu sering didatangi oleh orang yang mencurigakan.
D Ada penduduk yang telah terserempak dengan lembaga hitam berkepala  
    anjing.

22. Apakah langkah yang diambil oleh penduduk Kampung Paya Dalam untuk menangani masalah kemungkinan berlakunya kejadian pecah rumah di kampung itu ?
A Melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
B Mengadakan kawalan pada waktu malam.
C Membuat jadual rondaan.
D Menangkap orang yang bersalah.
    
23.  Di manakah kejadian pecah rumah telah berlaku ?
A Di rumah Ketua Kampung Paya Dalam.
B Di Kampung Kaki Bukit.
C Di Kampung Paya Dalam.
D Di pantai Kampung Paya Dalam.

24.  Rangkai kata mematahkan semangat dalam petikan bermaksud
A mengalahkan kuasa.
B membuat keputusan.
C mengalihkan pendapat.
D mengalahkan kemahuan.

25.Apakah kesalahan ketiga-tiga orang lelaki yang diberkas oleh Tuk Mat dan anak buahnya ?
A Menjalankan kegiatan menyamun.
B Menjalankan kegiatan pecah rumah.
C Menjalankan kegiatan menakut-nakutkan penduduk kampung.
D Menjalankan kegiatan pecah rumah dan menakut-nakutkan penduduk         
    kampung.


Soalan Pemahaman
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jenis pertandingan
Masa
Tempat
Kumpulan Umur
Pertandingan mewarna
8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Di kantin sekolah
5 – 7 tahun
Pertandingan bercerita
8.00 pagi – 10.00 pagi
Di dewan sekolah
8 – 10 tahun
Mendeklamasikan sajak
10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Di dewan sekolah
10 – 12 tahun
Mencari harta karun
2.00 petang – 4.00 petang
Di tempat perhimpunan
12 tahun dan ditemani ibu bapa
Sukaneka
4.00 petang – 6.00 petang
Di padang sekolah
7 – 12 tahun dan para ibu bapa

26.  Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan pada masa yang sama ?
A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan yang hangat.
B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid sahaja.

27. Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?
A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari harta karun.
B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun, dan mendeklamasikan sajak.
C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..
D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.

                                                                                                     
28. Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.
Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
A Sukaneka.
B Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta karun.
D Mencari harta karun dan sukaneka.

29. Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah untuk dikendalikan ?
A Memendekkan masa pertandingan.
B Penyertaan perlu dihadkan.
C Menyediakan petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandinga.

30. Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang semua pertandingan tersebut diadakan ?
A Untuk beradu kekuatan.
B Untuk mencungkil bakat.
C Untuk mengeratkan hubungan.
D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.


http://anishahsalman.blogspot.com/2012/12/soalan-latihan-bahasa-melayu-pemahaman.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan